Thursday, May 21, 2020

Pengalaman Peribadi Melalui Kes Pencerobohan Akaun Maybank dan Pembayaran ke Bil. APPLE.COM Melalui Perbankan Online tanpa kebenaran Pemilik Akaun

Selamat Malam semua, agaknya dah lama saya tidak menulis blog ini. Sebenarnya pada waktu ini saya amatlah malas nak menaip blog disebabkan terlalu sibuk dengan aktiviti kerja dalam membendung pandemik Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia pada ketika ini... akan tetapi disebabkan perkongsian ini saya perlu kongsi kepada kawan-kawan diluar sana sebagai pengajaran dan teladan agar tidak menerima nasib yang sama seperti saya, saya berbesar hati ingin berkongsi pengalaman saya sendiri dimana akaun maybank saya telah dicerobohi oleh seseorang yang tidak dikenali untuk membayar Bil. APPLE tanpa pengetahuan dan kebenaran daripada saya..

Kronologi Cerita

1. Kejadian ini berlaku pada 12/5/2020 dimana pada hari tersebut saya sedang sibuk bekerja di Hospital merawat pelbagai pesakit-pesakit yang datang ke jabatan kecemasan dengan masalah kesihatan terutamanya yang disyaki menghadapi masalah respiratori (paru-paru) yang berkemungkinan besar pesakit perlu dirawat sebagai pesakit Suspek Covid-19... dah la berjam-jam dalam unit SARI dengan pakaian PPE penuh (Panas bahang nya hanya kawan2 yang masuk dalam tu je yang tahu).... kena pulak pada hari tersebut merupakan HARI JURURAWAT SEDUNIA (tak disambut pun disebabkan masalah Covid-19 ni).

2. Setelah saya habiskan shift saya pada hari tersebut (7am-7pm) saya terus mandi, menyalin pakaian untuk balik ke rumah mcm rutin2 kerja harian seperti sebelum ini.. setibanya saya di parking kereta hospital, saya menerima suatu mesej daripada nombor kebiasaan notifikasi daripada Maybank 66628, tapi tanpa membuang masa untuk balik ke rumah, saya endahkan sahaja mesej tersebut... setibanya di parking rumah, saya pun membelek mesej Maybank tersebut dan mesej tersebut seperti di dalam gambar dibawah..--------------->

mesej tersebut menyatakan bahawa transaksi pengeluaran wang dari akaun simpanan saya melalui pembayaran online ke pihak APPLE.COM telah dibuat sebanyak dua kali iaitu pada 12/5/2020@8.18pm sebanyak RM 399.90 dan juga transaksi kedua dibuat pada 12/5/2020@8.20pm sebanyak RM 39.90... dan apabila saya membuka akaun Maybank2u, saya melihat beberapa kali cubaan transaksi telah dibuat oleh seseorang yang tidak dikenali untuk membayar bill APPLE.COM dengan nilai RM39.90 tetapi cubaan gagal (dekat 4-5kaliiiii... nasib juga saya limitkan pengeluaran seharian)...


3. Setelah mendapat mesej tersebut dan memeriksa akaun Maybank2u saya, siapa yang tak menggelabah.... mesti la menggelabah... so saya terus call pihak maybak di talian HOTLINE: 1-300-88-6688..talian dapat disambungkan, namun gagal untuk bercakap terus dengan pegawai khidmat pelanggan yang mengurus kes berkenaan dengan pencerobohan akaun... (dekat 30minit kot nak mintak sambung tetapi failed 😭😭😭... tp xpe saya faham juga skrg ni kan musim PKP..staff pun kurang dan limited..cover 1 malaysia kot...

4. Baki duit saya dalam akaun tersebut masih terdapat 2k lebih setelah dicuri oleh someone (untuk cover bayar kereta kottt incase bank suruh bayar dalam tempoh terdekat waktu PKP ni) pada 12/5/2020 tu sekatan telah dibuat sbb had limit pengeluaran dah sampai tahap maksimun.. tp mcm mana pulak after 12midnignt?? comfirm had pengeluaran akan reset balik kan..means hacker tu blh buat cubaan pengeluaran lagi... tanpa berfikir panjang saya terus bergegas ke mana2 cawangan ATM untuk membuat pengeluaran duit cash...MALANGNYAAAA.... ATM tidak beroperasi selepas 6pm semasa PKP ...😭😭😭😭😭... Tambah tension dan rasa malangnya diri ni.. so bila fikir2 balik jalan terakhir transfer sejumlah duit di dalam akaun Kakak... hal ni bagitau kat kakak.. mmg dia pun terkejut juga la... dah transfer masuk ke akaun kakak barulah rasa lega sbb pihak bank belum cancel lagi kad saya pada ketika itu....

5. setelah transfer kesemua duit tersebut takkan lah saya nak biarkan hal begitu berlalu mcm tu je kan.. mesti la nak buat report polis... byk kot 4ratus lebih..duit bukan senang nak cari..titik peluh sendiri kot senang2 je org curik...

6. sampai ke balai polis Inanam, berjumpa dengan pegawai polis , police report pun telah dibuat dan pegawai polis tersebut memberi nasihat dan panduan kepada saya.... 
Syukur... polis report telah dibuat untuk rujukan pihak bank sebab saya memang menafikan sekeras-kerasnya dalam kes ini saya tidak memberi kebenaran kepada sesiapa pun menggunakan duit dalam akaun saya untuk membuat sebarang transaksi....

7. sesudah membuat report polis, dengan penat yang tak hilang dari kerja tu lagi..dengan tak makan lagi... saya sampai kembali ke rumah dalam sekitar jam 10.30pm... saya cuba sekali lagi menelefon pihak maybank melalui talian hotline, dan akhirnya saya telah berjaya menyekat akaun bank saya atas bantuan khidmat pelanggan tersebut... sangat baik dan sopan pegawai tersebut menjawab pertanyaan dan membantu saya (Semoga hidup anda diberkati dan diberi rezeki atas membantu orang yang sedang berada dalam kesusahan) ... nasihat pegawai khidmat pelanggan Maybank tersebut.. saya perlu ke cawangan maybank keesokan harinya untuk membuat kad baru dan juga saya perlu menghantar Dispute form (penafian) untuk pihak maybank menyiasat perkara tersebut... dispute form ini boleh dimuatturun melalui online atau pun boleh didapati dimana-mana cawangan maybank.... tetapi saya memilih untuk menghantar borang tesebut melalui email maybank disertakan sekali dengan laporan polis ke email : disputemgmt@maybank.com.my

Dispute Form


Pastikan anda menerima feedback daripada Maybank setelah menghantar dispute form tersebut melalui e-mail

8. Ok part report ni dah selesai.. esoknya pula perlu membuat kad baru pulakk....


Cawangan Maybank Donggongon, Penampang, Sabah... TADAAA...ramai tak barisan untuk masuk ke dalam permis maybank... mmg rasa pitam menunggu barisan dah la panas... tp still maintain social distancing hokeyyyyyyyyyy...😆😆😆

9. nak berurusan di maybank pada waktu ni dekat 2jam lebih juga la... (itu pun nasib datang awal) ... huhu.. kesimpulannya pegawai maybank yang buat kad saya tu bagitau.. nasib baik tindakan saya cepat dan pantas dalam mengurus hal ni.. kalau saya extend time lagi berkemungkinan besar jumlah besar lain lagi akan diambil daripada akaun saya..huhu..

10. so semua urusan dan tindakan saya dah buat.. sampai ke hari ni menunggu feedback dari Maybank lagi la... kawan2 doakan semoga duit saya yang hilang tu dapat dikembalikan....

Nasihat Buat Kawan-kawan Yang Mungkin Melalui Masalah Ini Pada Waktu Akan Datang..
1. Jika menerima mesej daripada mana2 bank menyatakan transaksi telah dibuat tanpa pengetahuan pemilik....JANGAN PANIK (duit dah hilang kan, jikalau tuan/puan tambah panik, benda simple yang sepatutnya kita buat pun jadi lupa). buat senaman pernafasan tarik nafas dan hembus..buat selama 3 kali ataupun sehingga kita merasakan diri kita tenang...

2. Dah rasa tenang, tiada idea? mungkin boleh bertanya kepada kawan2, saudara-mara, keluarga yang tahu sedikit sebanyak mengenai perihal ini... 

3. Telefon hotline Bank masing-masing untuk menyekat akaun bank anda...

4. Buat repot polis sekiranya berlaku sebarang kerugian (Polis akan menerima report anda sekiranya ada kerugian..dalam kes saya, saya mengalami kerugian melalui dua kali transaksi).

5. Mengisi dan menghantar borang penafian "DISUPTE FORM" melalui online (sekiranya ada) ataupun terus berurusan di pihak bank masing-masing mengikut polisi yang sedia ada..

5. menukar kad bank anda dan juga password online banking anda dengan kerap atau bila perlu sekiranya anda merasakan bahawa akaun anda terdapat gangguan yang mencurigakan.

6.  Akhir sekali ,sentiasa berwaspada la sekiranya anda mendapat SMS yang mencurigakan seperti mendapat TAC number untuk transaksi yang tidak dibuat ataupun potongan wang tanpa kebenaran/pengetahuan daripada anda sebagai pemilik...dan jangan la sesenang alam nak share nombor kad anda kepada sesiapa ataupun mengisi menggunakan no. kad anda dimana-mana website yang tidak boleh dipercayai..


Anyway dalam posting saya ini, saya tidak menyalahkan mana-mana pihak.. sebab saya faham semakin teknologi canggih, hacker pun semakin hebat untuk mencuri... so pada saya yang hacker2 tu xperlu la korang buat kerja-kerja tak berfaedah ni.. hidup ini ibarat roda.. kita mencuri duit org pun percayalah duit tersebut xkan dapat rasa punya hasilnya.. lagi satu xrasa bersalah ke makan duit tersebut hasil curi titik peluh orang lain? tau x org tu kerja keras sampai overtime carik duit untuk menyara keluarga dan akhir2 dicurik mcm tu je.. kesian la kat orang lain.. faham juga tempoh PKP ni susah nak cari duit.. tp semua orang pun kerja keras juga nak survive..so fikir-fikirkan la.. klu carik duit halal hasil titik peluh sendiri, walaupun nilai sedikit.. tapi kepuasan tu berkali-kali ganda terasanya daripada mencuri duit orang lain...

Saturday, June 2, 2018

Stressnya nak buat Assignment

Hai kawan2...selamat datang bulan Jun..dsan say bai2 to GST.. hahaha.. tp kan saya stress sangat ni assignment saya satu apa pun tak buat lagi...deadline tak lama lagi...dah la skrg ni OT memanjang ja..bukan la salahkan OT tu..klu xda OT xda duit bikin byr yuran semester..haha...hmm..doa2kan la semester 5 ni berjalan dengan lancar ja..xsabarnya mau kasi habis study ni..letihnya ya amat...bagus lagi sy buat double shift dri buat assignment yg byk pakai otak ni..k la kawan2 ..tata korg..

Tuesday, May 15, 2018

Benarkah susuk itu wujud dalam masyarakat kita?

hai... selamat pagi kawan2.... pada waktu ini rasa terpanggil pula nak cerita bab2 mengenai susuk ni di kalangan masyarakat kita... nak tanya pendapat kawan-kawan... adakah anda percaya bahawa wujudnya susuk? dan keberkesannya bagaimana pula? kita sendiri tak tahu ya kebenaran tu... tp benda ni amat sensitif sangat2... kalau boleh jauhkan la benda2 mcm tu...... di dalam blog saya ini hanya sebagai perkongsian cerita shj... atcually benda ni dah lama bertahun juga la... dan sebagai seseorang yang bekerja di sektor kesihatan saya tidak akan menyatakan apa2 maklumat pun berkaitan dengan sesiapa dan identiti.. cuma hanyalah gambar tanpa beridentiti .... gambar apa..gambar susuk.. ehehe...kejadian ni dah lama dah.. gambaran x-ray seseorang pesakit xxxxxxx... kira dah berumur dan jantina perempuan... dtg dengan complain sakit perut dan xmampu nak buang air besar dekat 4hari... tengok sinar xray menunjukkan finding ni....
apa tu..hmmmm.... benda ni sukar nak komen la yer... tp mengikut pandangan pakar..ia menunjukkan jarum susuk yang dimasukkan dalam kawasan dot dot tu..sebab apa...lu pikir la sendiri..hahah.... terkejut juga la yer......apa2 pun perkongsian ini sebagai pengajaran dan iktibar buat semua.... sy percaya xda benefit pun masuk2 jarum dalam tu.. masuk pun klu dengan jarum xsterile... diri sendiri pulak yang susah berisiko besar dapat HIV AIDS ,HEPATITIS B dan C xpun infeksi lain... so fikir2kan la dan selamat beramal...

New phone Huawei P20 Pro

Hallo semua, amcm pilihanraya baru2 ni..? ok x gaiss?? what a busy month ya..smpikan aku nak story bab2 telefon ni pun tak dapat sebab kena overtime kat tempat kerja plus bz membawang dengan hal-hal politik memolitik ni.. so skrg ni xnak pusing2 kepala pasal politik sekarang aku nak share sikit psal pengalaman aku membeli telefon pintar Hua Wei P20 Pro yang hangat di pasaran baru-baru ni.. hikkkkk....:P

mesti ada diantara korang berfikir dan ada juga yang dah lama memakai telefon pintar tanpa menukarnya lagi... just like me... samsung J1 since 2015.. hakhakhak.. sampaikan nak update pun xdpt sbb memori kecil plus software2 dalam phone tu byk dah outdated..heheehhee.....

ok skrg ni aku nak habaq dah pasal hp huawei p20 pro ni.. pada sekitar bulan lepas 30 april 2018 tu aku mmg dah pasang hasrat siap2 dalam diri nak beli phone apa ya.. sama ada huawei p20 pro or samsung note 8.. hmm dua jenama yang berbeza... dan aku mmg dah biasa dengan produk samsung nih... bila buat kajian2 terkini baca la juga sikit2 pasal details mendalam mengenai kedua2 hp ni... dan saya amat berbesar hati pula dengan kemudahan2 yang disediakan oleh hua wei p20 pro ni...  dan description seperti link yang disediakan dibawah ni:



sumber dari: https://www.gsmarena.com/huawei_p20_pro-9106.php

ok selesai tengok ni dan buat decision... pegi la ke 1borneo mall terletak di area k.kinabalu juga berdekatan dengan universiti malaysia sabah (UMS)..  dan bermula la episodnya membeli hp ni..

tudiaa.... resit seperti di atas... huaaa... menangis juga la.. tp xpa bukan selalu kan... hehe

kawan2 mesti nak tengok overview sikit kan gambar2 phone yang saya beli ni....ok hp colour yang saya pilih adalah midnight blue.. accessories dan gift seperti gambar dibawah: 

kotak phone.. sebelom buka...heheeh
selepas dibukak.. chakkkk....ini la dia hua wei p20 pro yang digembar gemburkan tu..!!! eheheh...xba ini hp lama..shj2 kacau korg.. ehehhe ...jari nmpk berkeledak tu bukan xcuci yer..bekas ink PRU 14..haha
gambaran depan phone..dan diberi gift tempered glass.. huhu
gambaran belakang phone..
diberi casing siap2... hehe
disediakan charger...oh ya kena guna charger ni ja ya seperti penjual tu suggest.. sebab untuk mendapat high quality charge untuk beteri phone... selalu aku charge jujur 1jam pun dah hampir dekat penuh dah bateri klu charge bermula dari 0%..ni sy xtipu jujur ya.. xda dibayar pun komisyen.. klu sy guna sy jujur ckp...dan klu boleh jaga la elok2 phone tu.. penjual tu kata klu nak charge as recommended bilamana bateri phone below 20% atau lagi bagus yg 0% ..
kabel audio jack utk earphone... yg hp ni keburukannya mmg tu la xda kabel terus utk earphone..kena melalui aduio jack.. tp ada sebabnya utk waterproof.. dan habuk ke ... tp bagi aku xkisah la.. janji gambar lawa .. hehehehee
ok yang ni earphone disediakan juga... nak sambung terus ke phone kena melalui kabel ni ya... xda audio jack .. huhu
diberi juga buku panduan bagi pelanggan.. nak kenali setting.. tp aku belom lagi sempat berkenalan... ehehe
dapat gift pulak..payung..so amik je la :P
botol air dari hua wei.. tqqqq..
dapat juga member vip dari huawei... byk juga la dpt gift2 or dpt benefit2 mcm diskaun dari vip ni klu rajin bukak website dorg or application yg kena install dari phone..
overallnya... taddddddddddaaaaaa

so dah tengok2 gambar phone ni...mesti la kena try cameranya pula kan......nak bagitau kawan2 kamera hp ni dibuat menggunakan cam leica... tau x meaning leica ni??

Leica meaning (sumber dari wikipedia)
Leica Camera AG is a German company that manufactures cameras, lenses, binoculars, rifle scopes and ophthalmic lenses . The company was founded by Ernst Leitz in 1914. The name Leica is derived from the first three letters of his surname (Leitz) and the first two of the word camera: lei-ca.

ha....which means..leica ni salah satu lens yang digunapakai dalam teropong...dan juga mikroskopic utk mendapat gambaran lagi jelas... tp xdinafikan mmg terbaik gambar mengunakan leica ni....

lawa x... mmg jelas kan.. no edit2...
mmg mavelesss....perfect 10 for me... cuma xreti guna sangat lagi..hehhe
musim bunga di sabah...chewaaaaaaa...hahah... tp mmg lawa kan...rasa mcm fotografer professional la pulak..hahaha
ni mcm kabur2 kat belakang..
ni pun sama juga..testing2 lagi..
amik gambar depan matahari... pun terang...kamera ni boleh bagi balance...
nampak soft je kan...
fokus muka juga... dan kaburkan semak di belakang...mmg berkesan dan mujarab..hahaha
budak kapas namanya... haha..gambar blur... sbb dalam simpanan phone xbanyak lagi...aku jarang amik gambar...sibuk Overtime..nti la kita servay2 dan selfie2 ya..hehehehe

ok la gaiisssssssss...sampai disini ja cerita kita pasal hp hua wei... mintak maaf banyak2 klu gambar tak cantik diambik.. sbb satu xreti sangat..kedua xservay2 lagi bz buat assignment dan juga kerja memanjang cari duit buat bayar yuran universiti.. ahhahaha... sebagai kesimpulan ada orang nak beli phone bertujuan utk berhubung... ada org nak beli untuk gambaran yang lagi cantik... ada orang nak beli utk kedua2nya skali... so semua keputusan di tangan masing2 kan... ok nanti ada masa berborak lagi kita dalam ni ya... tata.. chaw!!!!!!!!!!

Saturday, April 28, 2018

Kejadian 28/4/2018 semua menyakitkan hati..grrh

Hai kawan2..slmt malam.. mcm biasa la rutin selalu online time tengah2 maLm cm ni .. hikhikhik...anyway sblm nak sembang hal menyakitkan hati ni nak tunjuk something ni...

Taraaa....!!!  menangiss tak tgk harga tu.. rm 3.90 hikhikhik

Atcually xda la murah sangat sbnrnya...cuma bila tgk mineral water 6 liter beli tempat lain xde nye harga range rm3-4 skrg ni..kbykan atas rm6 keatas...so aku ni pun amik la satu..

Nak dipendekkam cerita.. hari ni ingtkan bersiap dan jalan awal dri rumah ke tempat kerja awal2 dapat la dtg awal.. rupanya tetap lambat juga..ciss geramnya hati ni..fikir juga weekend ni apasal jalan teramat jam seperti waktu puncak..rupanya hari terakhir utk pendaftaran calon pilihan raya pada 8 mei 2018 rupanya... adoiyai agak basi juga kat atas jalan raya tadi...

Perkara seterusnya... sampai kat tempat kerja semua cool..fine..,member2 pun best2 belaka..cuma geramnya primary team yg urus client aku ni sushnya bebeno nak buat keputusan nak bagi ubat apa itu ini.. sedangkan dorg bukan baru pun bekerja.. geram juga rasa.. klu xready lagi nak admitkan client jgan la tulis dulu..org pun xtergesa2 buat itu ini..kesian kat client..sob..sob..sob...tp pasal ni xnak cerita panjang la.. semua org pun tahu kan kerja mana2 pun tetap wujud perkataan "stress" juga🙄🙄🙄...

Seterusnya... memandangkan semasa kerja xsempat nak makan... ingatkan balik nti nak singgah kat kedai makan nak makanla... so secara sepontan singgah la berkunjung ke satu restoran kedai makan restoran pak nasir  di inanam.. masuk2 kedai tgk suasana kedai ok la juga..not bad.. duduk hampir dekat 5-6minit xda sapa pun layan..smpai kan sy bagi signal kat salah sorg pekerja sana bru dpt Layanan... ok tak pa.. bermula la dialog kami

Pelayan: mau order apa?
Me: sy mau nasi ayam penyet..
Pelayan:  sorry habis ayam kami..
Me: oh ndak apa, klu gitu nasi goreng ayam paprik la..
Pelayan: tu pun mcm takda..sorry
Me: dlm Htiku berkata(aik klu smua takda apa la guna kamu pamer ni..tp still dlm keadaan sabar) ok xpa klu gitu apa kamu ada?
Pelayan: nasi goreng ayam, nasi goremg kampung..bla..bla..
Me: ok xpa klu gitu kasi nasi goreng ayam pedas ja la.. dan teh tarik ping kurang manis..
Pelayan: sory lada kami habis
Me: (rasa mcm maw ketawa pun ada) ba yala ok ja.. dlm hati ingatkan mau chaw ja td tp pikir suda order duduk ja la dan tengok youtube just for laugh..

Setelah 10minit menunggu akhirnya teh tarik ping kurang manis  pun sampai dgn jayanya... ok minum sikit2...

Setelah tunggu punya tunggu.. minit dianggarkan dekat 20mint lebih gitu rasanya bru sampai nasi goreng tu.. hahaha funny kan punya lama tunggu barangkali pi beli bahan di supermakert kali.. tu pun time menghidang tergesa2 smpi garfu terjatuh di lantai.. tapi for me small matter ba tu no hal ..hikhikhik..

Minta dorg sup..yez dikasi jua la takut2 ja tiada .. nasib ada..hahaha

Start nak makan tu... tgk nasi dia mmg btl2 nasi dan ayam ja dlm nasi goreng tu.. bawng ntah la ada ka x.. sbb lapar malas sy mau cek2.. try amik sup dia.. ya ampun masin nya ya amat..terfikir juga xda ka org tegur.. tp bersangka baik mungkin lidah sy silap... sekalinya try nasinya pula.. mmg masin gila..rasanya sy masak lagi sedap..makan 2-3 kaut tu pun ayam ja terus sy pi kaunter byr dan bla..

Sy pun pergi la kedai makan sebelah pondok polis inanam yg staffnya pakai topi dan baju merah.. sana mmg tempat mkn biasa sy pergi..sedap mmg sedap dan cepat...bukan nak promote ya ini mmg dtg dri dalam diri saya takda sesiapa pun paksa..

Sekali tu time duduk di kedai makan yg sy biasa pergi tu try la search di fb pasal kedai yg xsedap sy pi makan td tu... dan ini finding saya..

Hmmmmm....

Tak dinafikan..ada komen berbentuk positif..tp klu sy perhatikan..ramai juga komen negetif...

So pengajaran disini termasuk saya.. jika kita melakukan sesuatu perkara yang melibatkan bisnes, perkhidmatan...bila ditegur tu amik la inisiatif perbaiki.. bila customer happy..kita pun rasa puas kan..ye tak..tp sy consider dorg tak perasan la tu kot komen2 orang dalam facebook tu.. walaupun komen tu rasanya dri tahun2 lepas lagi sekitar 2017... apa2 pun lpas ni mmg sy xkan dtg sana lagi la..tu ja.. huhuhu

Friday, April 27, 2018

Learn to love myself first and ignore those kind of overreacting bawang-bawang people

Agaknya suda lama blog ni senyap.. huhu jarang update bkn apa cuma sejak kblkngn ni sibuk dgn kerja, study, kehidupan peribadi smpikan lupa update blog ni😀😀.. tp klu kat facebook atcually selalu jak online...

Oh ya memandangkn subuh2 ni tak mampu tidur plus tgh lepak2 di kedai mamak ...lapang juga la nak story2 pasal bawang membawang ni..

Tadaa....😂😂 roti canai belom sampai lg..so post yg ini dulu la... (sorry if kamera tak terang ...guna cam dri samsung tab A jer...huhu)

Ok sambung kita ni... hakikatnya setiap manusia yg hidup di muka bumi ini mesti akan membuat kesilapan walau pun diri cuba sebaik mungkin untuk mengelak dri membuat kesilapan tp still terbuat juga kan? correct me if im wrong..

Mcm sy juga sy xnafikan sy ni pun bukan baik juga, kekadang ada juga sifat membawang dan menyibuk tp sifat bertoleransi dan jaga hati dan perasaan org lain walaupun dengan keadaan bergurau sekalipun tetap ada juga sebab kita faham setiap manusia cara menerima gurauan berbeza.

Nak ckp sesorg insan ni dia nak berjenaka.. berjenaka smpi nak jatuhkan maruah org, sy marah bukan sy terasa akan tuduhan tersebut.. tp insan ni sy tgk terang2 direct tuduh sy ni dengan perkataan kesat, menuduh benda yg sy rasa sy xpernah buat dan suruh mengaku? sy rsa la kan apa yg dia lemparkan tu sbnrnya merujuk kat diri dia sndiri tp sy buat dunno jak..

 memandangkan beliau ni dah berumur dan lagi senior dri saya walaupun sy boleh katakan dia tu BAPOK TUA tak sedar diri, tp sy still hormat dia. geram juga la benda sy xpernah buat dituduh mcm2..siap quiry sex orientasi org apa kebendanya bro? siap tnya bila nak kawin la and so on.. katanya sembayang 5 waktu dan share benda baik2 berkenaan dengan agama ja, tp apehal benda simple mcm tu berkenaan dgn jodoh smpi ko nak pertikaikan sex orientasi org.. aku bukan muslim pun aku faham bahawa jodoh itu ketentuan dari8 yang maha esa bagi kepercayaan agama islam , dan sy sangat menghormatinya. dan dia sendiri yg mengaku dirinya solat 5 waktu knpa xtau benda simple mcm tu?

So funny la bro klu benda tu ko nak bawak jenaka.. aku ni jenaka tu jenaka juga tp soal isu seluar dalam org or rumah tangga org or baju dalam org..aku xmau masuk campur sbb tu terlalu sensitif dan kita xberada di tempatnya siapa kita nak quiry kan? aku mengaku yes ada kekadang menyibuk2 or membawang2 tp membawang ringan2 dan still ada batas dan menjaga sensitiviti org lain utk happy2 hiburan...

So kesimpulannya..aku xkisah pun apa org nak kata pasal aku.. dorg xpenah berada di tempat aku "who are them to judge me?" tak tergugat pon.. kesian kat dorg lagi ada la.. lagi satu dorg ckp bukan2 kat aku bukan habis pun beras kat rumah aku. silap2 beras dorg habis kat umah pon dorg xperasan. xperasan sebab apa. sebab sibuk nak amik tahu hal seluar dalam org baju dlm org... hahaha

 ok la itu jer cerita pendek dri aku ...tata

Sunday, February 5, 2017

Permohonan Pasport antarabangsa kali pertama

hai semua...nak story sikit ni pasal pengalaman aku pergi memohon pasport antarabangsa  di jabatan imegresen pada hari  ni... klu sesiapa nak tahu cara nak buat pasport tu sbnrnya mudah ja...

dokumen2 diperlukan untuk org dewasa mcm aku ni

1.kad pengenalan
2.salinan kad pengenalan x1
3. Duit secukupnya...

gambar xperlu pun kawan2...so dah ada 3 di atas tu datang ke jabatan imigresen tu awal... dan amik tiket nak buat pasport ni... amik nombor.. bila no dipanggil.. time tu dorg akan mintak IC original dan ada la nak scan cap jari tanya2 sikit pasal alamat status bujang ke kawin ke atau sbgainya.. time tu amik gambar direct di sana... so kes aku ni ..aku nak amik 5tahun terus tempoh sah pasport tu.. so perlu byr rm200... tunggu ja sejam lpas byr tu....


 
tadaaaaaaaaaa.....
 gambar seperti di atas... dapat dah..cantik ... klu korg nak beli cover pasport tu ada jual rm 5 ja... xrugi pun ..kan nak pakai lama...huhuhu...

Tapi bagi pemohon pasport yg masih dibawah umur 18 tahun pastikan korg bawak ibubapa ke pejabat imigresen tu untuk buat pasport ya... dokumen2 yg diperlukan pun berbeza dari yg pemohon dewasa... klu rasa perlu sila rujuk ke website imigresen di link ni.. :  http://www.imi.gov.my/index.php/ms/   .................. 

ok tu ja la yg sy nak share dalam ni... tata.. :)