Kronologi Cerita
1. Kejadian ini berlaku pada 12/5/2020 dimana pada hari tersebut saya sedang sibuk bekerja di Hospital merawat pelbagai pesakit-pesakit yang datang ke jabatan kecemasan dengan masalah kesihatan terutamanya yang disyaki menghadapi masalah respiratori (paru-paru) yang berkemungkinan besar pesakit perlu dirawat sebagai pesakit Suspek Covid-19... dah la berjam-jam dalam unit SARI dengan pakaian PPE penuh (Panas bahang nya hanya kawan2 yang masuk dalam tu je yang tahu).... kena pulak pada hari tersebut merupakan HARI JURURAWAT SEDUNIA (tak disambut pun disebabkan masalah Covid-19 ni).
2. Setelah saya habiskan shift saya pada hari tersebut (7am-7pm) saya terus mandi, menyalin pakaian untuk balik ke rumah mcm rutin2 kerja harian seperti sebelum ini.. setibanya saya di parking kereta hospital, saya menerima suatu mesej daripada nombor kebiasaan notifikasi daripada Maybank 66628, tapi tanpa membuang masa untuk balik ke rumah, saya endahkan sahaja mesej tersebut... setibanya di parking rumah, saya pun membelek mesej Maybank tersebut dan mesej tersebut seperti di dalam gambar dibawah..--------------->
mesej tersebut menyatakan bahawa transaksi pengeluaran wang dari akaun simpanan saya melalui pembayaran online ke pihak APPLE.COM telah dibuat sebanyak dua kali iaitu pada 12/5/2020@8.18pm sebanyak RM 399.90 dan juga transaksi kedua dibuat pada 12/5/2020@8.20pm sebanyak RM 39.90... dan apabila saya membuka akaun Maybank2u, saya melihat beberapa kali cubaan transaksi telah dibuat oleh seseorang yang tidak dikenali untuk membayar bill APPLE.COM dengan nilai RM39.90 tetapi cubaan gagal (dekat 4-5kaliiiii... nasib juga saya limitkan pengeluaran seharian)...
3. Setelah mendapat mesej tersebut dan memeriksa akaun Maybank2u saya, siapa yang tak menggelabah.... mesti la menggelabah... so saya terus call pihak maybak di talian HOTLINE: 1-300-88-6688..talian dapat disambungkan, namun gagal untuk bercakap terus dengan pegawai khidmat pelanggan yang mengurus kes berkenaan dengan pencerobohan akaun... (dekat 30minit kot nak mintak sambung tetapi failed ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜... tp xpe saya faham juga skrg ni kan musim PKP..staff pun kurang dan limited..cover 1 malaysia kot...
4. Baki duit saya dalam akaun tersebut masih terdapat 2k lebih setelah dicuri oleh someone (untuk cover bayar kereta kottt incase bank suruh bayar dalam tempoh terdekat waktu PKP ni) pada 12/5/2020 tu sekatan telah dibuat sbb had limit pengeluaran dah sampai tahap maksimun.. tp mcm mana pulak after 12midnignt?? comfirm had pengeluaran akan reset balik kan..means hacker tu blh buat cubaan pengeluaran lagi... tanpa berfikir panjang saya terus bergegas ke mana2 cawangan ATM untuk membuat pengeluaran duit cash...MALANGNYAAAA.... ATM tidak beroperasi selepas 6pm semasa PKP ...ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜... Tambah tension dan rasa malangnya diri ni.. so bila fikir2 balik jalan terakhir transfer sejumlah duit di dalam akaun Kakak... hal ni bagitau kat kakak.. mmg dia pun terkejut juga la... dah transfer masuk ke akaun kakak barulah rasa lega sbb pihak bank belum cancel lagi kad saya pada ketika itu....
5. setelah transfer kesemua duit tersebut takkan lah saya nak biarkan hal begitu berlalu mcm tu je kan.. mesti la nak buat report polis... byk kot 4ratus lebih..duit bukan senang nak cari..titik peluh sendiri kot senang2 je org curik...
6. sampai ke balai polis Inanam, berjumpa dengan pegawai polis , police report pun telah dibuat dan pegawai polis tersebut memberi nasihat dan panduan kepada saya....
Syukur... polis report telah dibuat untuk rujukan pihak bank sebab saya memang menafikan sekeras-kerasnya dalam kes ini saya tidak memberi kebenaran kepada sesiapa pun menggunakan duit dalam akaun saya untuk membuat sebarang transaksi....
7. sesudah membuat report polis, dengan penat yang tak hilang dari kerja tu lagi..dengan tak makan lagi... saya sampai kembali ke rumah dalam sekitar jam 10.30pm... saya cuba sekali lagi menelefon pihak maybank melalui talian hotline, dan akhirnya saya telah berjaya menyekat akaun bank saya atas bantuan khidmat pelanggan tersebut... sangat baik dan sopan pegawai tersebut menjawab pertanyaan dan membantu saya (Semoga hidup anda diberkati dan diberi rezeki atas membantu orang yang sedang berada dalam kesusahan) ... nasihat pegawai khidmat pelanggan Maybank tersebut.. saya perlu ke cawangan maybank keesokan harinya untuk membuat kad baru dan juga saya perlu menghantar Dispute form (penafian) untuk pihak maybank menyiasat perkara tersebut... dispute form ini boleh dimuatturun melalui online atau pun boleh didapati dimana-mana cawangan maybank.... tetapi saya memilih untuk menghantar borang tesebut melalui email maybank disertakan sekali dengan laporan polis ke email : disputemgmt@maybank.com.my
Dispute Form
Pastikan anda menerima feedback daripada Maybank setelah menghantar dispute form tersebut melalui e-mail
8. Ok part report ni dah selesai.. esoknya pula perlu membuat kad baru pulakk....
Cawangan Maybank Donggongon, Penampang, Sabah... TADAAA...ramai tak barisan untuk masuk ke dalam permis maybank... mmg rasa pitam menunggu barisan dah la panas... tp still maintain social distancing hokeyyyyyyyyyy...😆😆😆
9. nak berurusan di maybank pada waktu ni dekat 2jam lebih juga la... (itu pun nasib datang awal) ... huhu.. kesimpulannya pegawai maybank yang buat kad saya tu bagitau.. nasib baik tindakan saya cepat dan pantas dalam mengurus hal ni.. kalau saya extend time lagi berkemungkinan besar jumlah besar lain lagi akan diambil daripada akaun saya..huhu..
10. so semua urusan dan tindakan saya dah buat.. sampai ke hari ni menunggu feedback dari Maybank lagi la... kawan2 doakan semoga duit saya yang hilang tu dapat dikembalikan....
Nasihat Buat Kawan-kawan Yang Mungkin Melalui Masalah Ini Pada Waktu Akan Datang..
1. Jika menerima mesej daripada mana2 bank menyatakan transaksi telah dibuat tanpa pengetahuan pemilik....JANGAN PANIK (duit dah hilang kan, jikalau tuan/puan tambah panik, benda simple yang sepatutnya kita buat pun jadi lupa). buat senaman pernafasan tarik nafas dan hembus..buat selama 3 kali ataupun sehingga kita merasakan diri kita tenang...
2. Dah rasa tenang, tiada idea? mungkin boleh bertanya kepada kawan2, saudara-mara, keluarga yang tahu sedikit sebanyak mengenai perihal ini...
3. Telefon hotline Bank masing-masing untuk menyekat akaun bank anda...
4. Buat repot polis sekiranya berlaku sebarang kerugian (Polis akan menerima report anda sekiranya ada kerugian..dalam kes saya, saya mengalami kerugian melalui dua kali transaksi).
5. Mengisi dan menghantar borang penafian "DISUPTE FORM" melalui online (sekiranya ada) ataupun terus berurusan di pihak bank masing-masing mengikut polisi yang sedia ada..
5. menukar kad bank anda dan juga password online banking anda dengan kerap atau bila perlu sekiranya anda merasakan bahawa akaun anda terdapat gangguan yang mencurigakan.
6. Akhir sekali ,sentiasa berwaspada la sekiranya anda mendapat SMS yang mencurigakan seperti mendapat TAC number untuk transaksi yang tidak dibuat ataupun potongan wang tanpa kebenaran/pengetahuan daripada anda sebagai pemilik...dan jangan la sesenang alam nak share nombor kad anda kepada sesiapa ataupun mengisi menggunakan no. kad anda dimana-mana website yang tidak boleh dipercayai..
Anyway dalam posting saya ini, saya tidak menyalahkan mana-mana pihak.. sebab saya faham semakin teknologi canggih, hacker pun semakin hebat untuk mencuri... so pada saya yang hacker2 tu xperlu la korang buat kerja-kerja tak berfaedah ni.. hidup ini ibarat roda.. kita mencuri duit org pun percayalah duit tersebut xkan dapat rasa punya hasilnya.. lagi satu xrasa bersalah ke makan duit tersebut hasil curi titik peluh orang lain? tau x org tu kerja keras sampai overtime carik duit untuk menyara keluarga dan akhir2 dicurik mcm tu je.. kesian la kat orang lain.. faham juga tempoh PKP ni susah nak cari duit.. tp semua orang pun kerja keras juga nak survive..so fikir-fikirkan la.. klu carik duit halal hasil titik peluh sendiri, walaupun nilai sedikit.. tapi kepuasan tu berkali-kali ganda terasanya daripada mencuri duit orang lain...